Utilizing the intellect and source of mercy....

Saturday, August 22, 2009

Hari Ke-2 Ramadhan 1430H

Assalamu'alaikum.

Sudah agak lama kiranya aku membiarkan blog ini bersawang. Sibuk? Ya, penggal ke-3 ini memang lebih sibuk jika dibandingkan dengan dua penggal pertama. Namun, itu bukanlah alasan yang kukuh untuk tidak melayan blog ini. Kadang-kadang itu, cuma malaslah yang menjadi penyebab. Malas yang kemudiannya membawa kepada penangguhan. Sudah berapa kali aku menjadi mangsa akibat bersikap malas tapi masih belum serik-serik. Agak selalu juga sebenarnya aku meleteri adik aku disebabkan sikap yang suka bertangguh. Tapi, apa kurangnya aku! Selalu menasihati oranglah konon, mahu orang lain berubah, tapi diri sendiri masih cacat. Cacat yang bisa disembuhkan pada bila-bila masa saja! Aku terkesima apabila aku mendengar sebuah audio yang kujumpai di Youtube. Audio mengenai The Journey of Quran and Knowledge. Kata-kata yang keluar dari seorang Shaykh yang aku sangat kagumi, Hamza Yusuf itu betul-betul membuatkan aku terfikir.

Pagi ini masuk hari kedua Ramadhan. Aku ada menuturkan kata-kata berupa azam kepada kawan aku apabila kami baru saja dikhabarkan yang anak bulan Ramadhan sudah kelihatan. Aku katakan padanya yang aku mahu berubah. Aku mahu meningkatkan ibadat. Ya, bunyinya agak typical tapi itulah yang aku mahu buat.

Aku juga perasan sesuatu mengenai diriku. Sejak kebelakangan ini, lagak aku seolah-olah seperti seorang hakim yakni aku selalu menghakimi sikap dan perbuatan orang. Apa sahaja sikap yang kulihat yang tidak sepertiku, yang tidak mungkin sama sekali aku akan lakukan kuanggap sesuatu yang picisan. Aku mahu buang tanggapan itu sejauh-jauhnya. Mereka juga manusia sepertiku. Who am I to judge a person who was also just like me, literally a drop of fluid that people wipe away from their clothes?

Sempena Ramadhan ini, biar saja kita berlumba menjadi yang terbaik di sisi Allah. Buang jauh-jauh sikap sombong itu wahai diri.

7% Waxing Crescent
Sunday 23/08/09
2.39 AM

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home